Monday, 7 October 2019

KKYT Ke Arah Kemahiran Islamik

SHARE
Muhammad Khalil Abdul Hadi 


Oleh: Fidee Aziz

KUALA TERENGGANU, 7 Oktober -Kerajaan Negeri melalui Kolej Kemahiran Yayasan Terengganu (KKYT) akan mengembangkan pendidikan berbentuk islamik dengan memperkenalkan Model Pengurusan Masjid, Mutawif dan Pengurusan Halal.

Pengerusi Lembaga Pengarah KKYT, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata KKYT akan melahirkan modal Insan yang berkemahiran tinggi dengan latihan,bimbingan dan didikan melalui Persijilan Kemahiran menjadikan KKYT sebagai pilihan utama di Terengganu.

“KKYT telah banyak menyumbang melahirkan belia yang berkemahiran dan dapat meningkatkan taraf hidup malah menyediakan akses pembelajaran dalam bidang kemahiran kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM).

“Satu sokongan dan dorongan kepada latihan untuk menyediakan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi.” ujarnya.

Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Batu Buruk berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian KKYT, di sini hari ini.

Majlis Perasmian disempurnakan oleh Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Menurut Muhammad Khalil, KKYT juga akan bekerjasama dengan beberapa agensi kerajaan dan swasta bagi merealisasikan agenda ini.

“KKYT akan membantu meletakkan pelatih sentiasa berada di landasan yang betul dan pihak kolej akan terus menyokong pelbagai program yang mengkhususkan kepada “Soft Skill” para pelatih.

“Ia sejajar dengan objektif KKYT iaitu melahirkan modal Insan yang berkemahiran tinggi dengan latihan, bimbingan dan didikan melalui Persijilan Kemahiran menjadikan KKYT sebagai pilihan utama di Terengganu,”  tambah beliau.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: