Wednesday, 9 October 2019

Kerjasama Tangani Masalah Pokok Tumbang

SHARE

Oleh: Nooreni Abu Bakar

DUNGUN, 9 Oktober – Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Balai Besar bertindak pantas menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas disebabkan kejadian dahan pokok tumbang.

Pengerusi MPKK Balai Besar, Othman Endut berkata, dengan dibantu Unit Amal dan orang ramai, pihaknya bertindak memotong pokok dan membersihkan kawasan sehingga keadaan menjadi pulih seperti sedia kala.

Katanya, beliau dimaklumkan kejadian tersebut oleh jemaah Surau Haji Abdullah Soleh sewaktu hadir untuk bersembahyang subuh berjemaah.

"Semasa saya sampai di surau, ada jemaah yang beritahu ada dahan pokok besar jatuh atas jalan raya dilaluan menuju ke Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Intan Zaharah dan ianya menganggu lalu lintas.

"Dalam pukul 6.30 pagi, saya bersama-sama ahli jemaah Surau Haji Abdullah Soleh dan menggunakan sebuah 'chainsaw' kami mula membersihkan dahan – dahan tersebut,” ujarnya ketika dihubungi oleh wakil Urusetia Penerangan Darul Iman(UPDI), semalam.

Menurut Othman, memandangkan laluan tersebut memang sibuk apatah lagi awal pagi merupakan waktu puncak kerja-kerja pembersihan dilakukan segera.

Tambahnya, kerja-kerja tersebut selesai sepenuhnya pada jam 9.30 pagi.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: