Sunday, 20 October 2019

Kerajaan Cakna Golongan Asnaf Dapat Pendidikan Awal

SHARE



Oleh:Muhammad Syafiq Syakirin

KUALA TERENGGANU, 20 Oktober- Kerajaan negari tidak melupakan golongan miskin dan asnaf bagi mendapat pendidikan di awal usia.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan, Dakwah dan Penerangan, Mohd Nor Hamzah, berkata kemajuan dan kesejahteraan sesebuah masyarakat dan negara mestilah mengambil kira aspek modal insan secara menyeluruh bermula dengan pendidikan di awal usia.

”Justeru itu semua peringkat dari pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan miskin dan asnaf juga hendaklah dipastikan tidak ketinggalan  daripada mengikuti 'mainstream' atau arus perdana pembangunan modala insan,” ujar beliau.

Beliau berkata sedemikian ketika merasmikan Program Pembaginan Modal Insan dan Pendidikan Awal Kanak Kanak Golongan Asnaf 2019 di Dewan di Dewan Utama Yayasan Pembanguna Keluarga (YPK) Terengganu, semalam.

Tambahnya lagi, Ibubapa perlu memberikan peranan pentig bagi memberi perhatian dan kecaknaan kepada anak anak  terutamanya ketika berada di rumah bagi menjayakan proses pendidikan awal kanak kanak .

“Cita-cita ini tidak akan tercapai tanpa peranan penting daripada ibubapa.


“ Justeru perhatian dan kecaknaan berterusan ibubapa terhadap anak-anak semasa mereka berada dirumah amatlah penting bagi menjayakan proses pendidikan awal kanak-kanak seterusnya mewujudkan "Baiti Jannati" Rumahku Syurgaku seperti yang kita idam-idamkan” kata beliau.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: