Tuesday, 1 October 2019

Kempen Anti Dadah Tarik Minat Anak-Anak Pondok

SHARE
Kempen anti dadah sangat baik untuk memberi pendedahan awal kepada masyarakat setempat supaya mereka boleh memberi perhatian lebih kepada keluarga tentang penyalahgunaanya.


 Oleh: Norekwan Mamat

BESUT, 1 Oktober - Kempen anti dadah yang telah diadakan di daerah Besut selama sebulan telah menarik perhatian dan minat anak- anak pelajar  Pondok Ubudiyyah tentang bahaya penyalahgunaanya.

Pegawai Penyelaras DUN Hulu Besut Ustaz Mat Daik Mohamad berkata, program tersebut telah dianjurkan oleh Penyelaras Parlimen Besut Ustaz Dr Riduan Mohd Nor.  

“kita perlulah bekerjasama antara Polis dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)   untuk memberi kesedaran kepada golongan muda tentang bahaya penyalahgunaan ini menerusi pelbagai kempen mahupun di dalam kuliah- kuliah.

“Melalui kerjasama antara agensi berkenaan, banyak program dapat dilaksanakan dengan berkesan serta pelbagai maklumat penting dapat disalurkan kepada orang ramai,” jelasnya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas forum subuh di Perkampungan Ubudiyyah Pondok Pasir Akar, Hulu Besut pada hari ini.

Menurutnya, kempen tersebut sangat baik untuk memberi pendedahan awal kepada masyarakat setempat supaya mereka boleh memberi perhatian lebih kepada keluarga tentang penyalahgunaan ini.

Turut hadir sama ialah Penyelaras Parlimen Besut Ustaz Riduan Mohd Nor, selebriti Bob Lokman dan  Zuar XPDC.



SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: