Wednesday, 23 October 2019

Karnival Sukan Air DUN Telemong Sajikan Pelbagai Aktiviti Menarik

SHARE




Oleh: Shahril Aswad

HULU TERENGGANU, 23 Oktober - Buat julung kalinya, Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri ( DUN) Telemong bakal menganjurkan Karnival Sukan Air dan Tradisional 2019 bersempena Bulan Sukan Negara pada 26 Oktober ini di Persisir Sungai Kampung Temir, Mukim Jenagor.

Pegawai Penyelarasnya, Mohd Safari Abu berkata, karnival sukan diadakan peringkat DUN itu bakal menyaksikan pelbagai acara dianjurkan termasuklah pertandingan kayak, tangkap itik, panjat tiang licin, menebar jala, dan pelbagai lagi aktiviti sukan tradisional.

“Pada bulan lepas kami telah menganjurkan program berakit yang Allhamdullah mendapat sambutan yang amat luar biasa daripada segenap masyarakat.

“Melihat perkembangan tersebut, pihak kami mengambil inisiatif anjurkan karnival ini untuk menarik lebih ramai pengunjung merasai kemeriahannya,” ujarnya.

Mohd Safari ( kanan)

Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI)selepas meninjau tapak karnival berkenaan, semalam.

Katanya lagi, penganjuran karnival ini merupakan pendekatan terbaik untuk bergaul secara terus dengan masyarakat dan juga satu usaha untuk mempromosikan keindahan suasana dan budaya yang ada di DUN Telemong ini.

"Kami mengalu-alukan seluruh lapisan masyarakat khususnya di DUN Telemong untuk bersama kami memeriahkan karnival ini disamping menghidupkan kembali sukan tradisional yang semakin dilupakan ," tambah beliau.

Selain pertandingan sukan, pelbagai acara sampingan dirancang termasuklah pameran daripada Pusat Khidmat Dun Telemong, pertunjukan silat, gerai jualan dan juga cabutan bertuah kepada peserta.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: