Friday, 25 October 2019

Kad Sejahtera Percepat Proses Rawatan

SHARE
Mohd Fazil (dua dari kanan) menyampaikan Kad Sejahtera kepada seorang warga emas di DUN Seberang Takir.

Oleh : Hailmey Mansor

KUALA NERUS, 25 Oktober - Kerajaan Negeri menyediakan Kad Sejahtera secara percuma bagi membantu golongan B40 menerima rawatan tanpa menunggu masa lama di klinik terpilih.

Serentak itu kemudahan ini dikongsi bersama oleh seramai 200 golongan itu di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir baru-baru ini.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN)Seberang Takir, Haji Mohd Fazil Wahab mengharapkan rakyat Terengganu kad itu untuk memudahkan mereka menerima rawatan percuma dari Kerajaan Negeri.

“Ada sesetengah orang uzur perlu beratur panjang untuk mendapatkan rawatan di klinik kerajaan tetapi dengan adanya kemudahan ini, ia dapat memberi keselesaan kepada mereka dan mempercepatkan urusan,” katanya ketika ditemui selepas Program Pengagihan Kad Sejahtera DUN Seberang Takir di Scout Inn Resort di sini baru-baru ini.

Haji Fazil berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana sentiasa peka dengan permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat.

"Terima kasih kepada kerajaan negeri di bawah kepimpinan  Menteri Besar,  Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri  kerana peka akan masalah orang kampung dan mencari jalan dalam menyelesaikan permasalahan tersebut," jelasnya.

Turut hadir, Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Seberang Takir,Haji Muda Abdullah dan Penolong Penyelia i-MiTS, Puan Jamaliah Abdullah.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: