Monday, 14 October 2019

JPS Dungun Ambil Tindakan Proaktif Atasi Banjir

SHARE


Oleh: Nooreni Abu Bakar

DUNGUN, 14 Oktober- Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Dungun mengambil tindakan proaktif menyelesaikan permasalahan banjir yang sekian lama membelenggu penduduk di tiga buah kampung iaitu Kampung Tanjong Jara, Kertas Pulas dan Kuala Abang sebagai langkah awal untuk menghadapi musim tengkujuh.

Juruteranya, Faten Adilah Ahmad Shukri berkata, antaranya dengan mengadakan perbincangan bersama pihak yang terlibat iaitu  Pejabat Daerah, Jabatan Kerja Raya (JKR) , Majlis Perbandaran Dungun (MPD) dan  Tanjong  Jara Resort.

Katanya, berdasarkan lawatan bersama Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Alias Harun baru-baru ini, pihaknya telah mengenal pasti saliran di sepanjang Tanjong Jara Resort yang  merupakan kawasan laluan air untuk ke lokasi muara sungai yang berada di dalam pusat peranginan tersebut.

Menurutnya,  ketiga-tiga kampung terlibat merupakan kawasan 'upstream' yang akan mengalirkan air ke 'downstream' iaitu 'final discharge' nya ke kawasan pusat peranginan itu.

"Melalui perbincangan yang diadakan, pihak 'resort' berkenaan memaklumkan kawasan terbabit sememangnya memerlukan pengaliran air sungai untuk mengekalkan alam sekitar semulajadi pokok bakau dan ikan.

" Namun seringkali menghadapi masalah kekurangan aliran air dan limpahan air, perkara ini sekaligus menyebabkan beberapa punca perlu diselesaikan oleh pihak 'resort' bersama-sama agensi terlibat," jelasnya.

Faten Adilah berkata, hasil tinjauan mendapati beberapa permasalahan perlu segera diambil tindakan oleh pihak 'resort' iaitu memastikan keadaan muara diselenggara dengan baik, saliran di dalam 'resort' diselenggara agar tiada halangan yang akan menghalang laluan kelancaran air.

" Lawatan ke lokasi muara juga telah dibuat dan mendapati laluan tersebut adalah sempit dan berliku dan mendapati tiada pergerakan air (water stagnant) di dalam saliran 'resort' tersebut,” ujarnya.

Disamping itu juga, pihaknya meminta agar kerja-kerja penyelenggaraan 'twin culvert' yang menghubungkan lokasi 'resort' dengan perkampungan diselenggara oleh pihak JKR kerana keadaan semasa mendapati terdapat mendapan yang menutupi separuh permukaan 'culvert’.

Katanya, JPS akan membuat pemantauan laluan air dari  tiga perkampungan yang  terlibat sekiranya terdapat ' blockage' yang menghalang laluan air ke muara (kawasan pusat peranginan).
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: