Monday, 14 October 2019

Jangan Hampakan Hasrat Kerajaan

SHARE


Oleh: Nooreni Abu Bakar

DUNGUN, 14 Oktober - Jawatankuasa masjid diharapkan tidak menghampakan hasrat kerajaan untuk menjadikan masjid sebagai institusi ibadah yang berperanan sebagai pusat aktiviti sosial umat Islam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang berharap mereka yang dilantik dapat mengatur program sebaiknya sebagai usaha mengajak ahli qariah untuk memakmurkan masjid.

"Tanggungjawab yang diamanahkan yang harus dilaksanakan dengan kerjasama semua piahk termasuk orang ramai agar hasrat murni (memakmurkan masjid) berjaya dicapai," ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Sijil Pelantikan Jawatankuasa Masjid Peringkat Daerah Dungun di Pejabat Agama Daerah Dungun, baru-baru ini.


Pada majlis tersebut, seramai 16 orang Pengerusi Masjid yang baharu dilantik berkuatkuasa 1 Oktober lalu telah menerima sijil masing-masing yang disampaikan oleh beliau.

Program tersebut dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri Terengganu, Satiful Bahri Mamat.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Wan Hapandi Wan Nik dan Pegawai Pejabat Agama Daerah Dungun, Zulkefli Othman.

Beliau turut melahirkan keyakinan jawantankuasa yang dilantik akan dapat melaksanakan tugas dengan baik.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: