Tuesday, 8 October 2019

Jagalah Amanah Dengan Sebaiknya

SHARE

Oleh : Muhd Afiq Zohir

BESUT, 8 Oktober - Ahli Jawatankuasa Masjid yang baru dilantik disarankan  menjaga amanah orang ramai dengan sebaiknya.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata, mereka harus memainkan peranan untuk menghidupkan masjid di tempat masing-masing.

“ Masjid merupakan satu institusi untuk menyebarkan ilmu terutama sekali yang berkaitan dengan agama Islam.

"Para ahli masjid bertanggungjawab untuk menghidupkan suasana masjid dengan aktiviti bagi penyebaran ilmu untuk rakyat setempat," jelasnya.


Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Watikah Ahli jawatankuasa Masjid yang berlangsung di Dewan Masjid Hadhari, Jerteh, pada semalam.

Menurutnya, sebanyak 18 buah masjid yang terdapat dalam DUN Jerteh menerima watikah perlantikan ahli jawatankuasa baru bagi sesi 2019 hingga 2023.

“Para ahli jawatankuasa harus menguruskan kewangan masjid dengan sebaiknya, janganlah berbelanja dalam keadaan sedikit hingga kedekut dan jangan sesekali berbelanja hingga membazir.

"Sesungguhnya tanggungjawab yang diamanahkan ini bukannya satu penghormatan, tetapi ia merupakan satu ujian yang berat," tambah beliau.


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: