Friday, 4 October 2019

'Jadikan Sukan Medan Berdakwah' -Hishamuddin

SHARE
Hishamuddin menyampaikan piala dan hadiah kepada pemenang.

KUALA NERUS, 4 Oktober- Kerajaan negeri berharap aktiviti sukan atau riadah yang dianjurkan  walaupun bersifat sampingan, mampu dijadikan sebagai satu medan dakwah yang boleh diterjemahkan kepada masyarakat yang lain.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Hishamuddin Abdul Karim berkata, Kompleks negeri Terengganu memiliki pelbagai kemudahan sukan yang dimanfaatkan golongan belia.

"Kita ada liar lumba, litar motocross, petanque dan lawn ball. Semua ini kita jaga dan hormati apa yang dibawa oleh anak muda.
Hishamuddin Abdul Karim.


"Tetapi, dalam masa yang sama kita berdakwah dan membimbing mereka. Kita tidak gopoh dan memainkan peranan sedikit demi sedikit sebagaimana yang diajarkan Rasulullah SAW," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan penutup Karnival Sukan sempena Himpunan Huffaz Persatuan Madrasah Tahfiz Al-Quran Malaysia (Permata) dan Nusantara kali Ke-7 di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Gong Badak, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi Permata Al-Quran Malaysia, Prof. Madya Musa Ahmad, Bendahari, Mejar Bersara Datuk Adnan Hashim serta Pengerusi Permata Al-Quran Terengganu, Azam Haliman Halizan.
Bersama pemenang pertandingan qasidah.

Karnival tersebut, yang telah diadakan sebanyak tiga kali menampilkan lima acara iaitu qasidah, futsal, memanah, hafazan lelaki dan wanita serta sepak raga bulatan.
Hishamuddin turut mengambarkan, aktiviti sebegitu juga membina persepsi yang baik di kalangan masyarakat.

"Penganjuran ini adalah suatu gambaran bahawa kita yang berada dalam 'dunia tahfiz' tidak sesekali meminggirkan riadah dan aktiviti sukan.

"Sebagaimana hadis yang dirakamkan Imam Nawawi dalam kitab Riyadus Salihin menunjukkan Nabi SAW juga bersukan, tetapi pada masa yang sama Baginda turut menyampaikan mesej tentang akhlak mulia untuk dipegang umat Islam," katanya.

Barisan penaja hadiah Himpunan Huffaz merakamkan gambar bersama




SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: