Wednesday, 2 October 2019

Isu Kashmir: Pakistan Minta Sokongan Malaysia

SHARE


Asad (kanan) dan Mohamad Ariff dalam satu pertemuan di Islamabad, Pakistan semalam.

ISLAMABAD, 2 Oktober - Speaker Dewan Negara Asad Qaiser meminta sokongan Malaysia dalam menyelesaikan isu Kashmir mengikut aspirasi rakyat Kashmir dan Resolusi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Beliau bercakap dengan rakan sejawatnya dari Malaysia, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Mohamad Ariff Md Yusuf yang bersama-sama dengan delegasi yang dijemput ke sini pada hari Selasa.

Asad Qaiser berkata bahawa 57 hari 'malang' di Kashmir diduduki India telah menukar lembah Kashmir, berada di ambang bencana manusia.

Beliau berkata, pendudukan Jammu dan Kashmir adalah agenda yang belum selesai bagi pemisahan Sub-Benua dan meninggalkan perselisihan Kashmir yang tidak dapat diselesaikan membawa pertaruhan keamanan rantau ini.
 
Perbincangan antara Asad (kanan) dan Mohamad Ariff (kiri) di satu pertemuan di Islamabad Pakistan semalam.
Speaker itu berkata, penolakan berterusan hak rakyat Kashmir untuk beberapa dekad dan aksi 'unilateral' baru-baru ini oleh India mendedahkan pandangan di luar batasan demokratik (undemocratic).

Mohamad Ariff bersetuju dengan Speaker Asad Qaiser yang menamakan isu Kashmir sebagai titik tolak dan penghalang untuk membawa keamanan di rantau ini.

Beliau berkata isu itu harus diselesaikan selaras dengan Resolusi Majlis Keselamatan PBB dan komitmen antarabangsa.
 
Delegasi Parlimen Malaysia diketuai oleh Mohamad Ariff menemui Asad di Islamabad Pakistan semalam.
Beliau berkata Malaysia dan Pakistan berkongsi pelbagai persamaan yang membuat mereka lebih rapat antara satu sama lain.

Terdahulu, kedua-dua pihak membincangkan perkara-perkara kepentingan dua hala dan cara untuk mengukuhkan hubungan antara kedua-dua institusi parlimen itu.

Mereka bersetuju untuk meningkatkan kerjasama undang-undang, pengawasan kewangan dan pertukaran staf parlimen untuk berkongsi pengalaman masing-masing.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: