Tuesday, 22 October 2019

IQ-ONE Rakam Lagu Untuk YADIM

SHARE
Anggota Kumpulan IQ-ONE membuat rakaman lagu tema YADIM di Studio Cahaya Hati Production di Kemaman baru-baru ini.

KEMAMAN, 22 Oktober - IQ-ONE mula bingkas dengan lagu terbaharu mereka 'Demi Agama' yang dirakam di Studio Cahaya Hati Production di sini baru-baru ini.

Ketua kumpulan nasyid kontemporari itu, Ahmad Solahuddin Al-Ayyubi berkata, setelah sekian lama berkecimpung dalam dunia hiburan nasyid, IQ-ONE yang merupakan  kumpulan nasyid popular tempatan merakam untuk lagu Tema Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia (YADIM).

"Kami berhasrat untuk mengeluarkan 'single album' terbaru dalam tahun ini juga, nantikan kemunculan album kami tidak lama lagi," katanya ketika selesai merakamkan lagu itu di studio berkenaan.

Sementara itu Ketua Kumpulan Nasyid Seedrain, Mohd Mukhtar Ariffin mengucapkan tahniah kepada IQ-ONE dan Kumpulan Nasyid Cahaya Hati yang memiliki studio tersebut kerana berjaya bekerjasama merakam dan menerbitkan lagu baru itu.

Suasana semasa rakaman berlangsung di Studio Cahaya Hati Production.
Ustaz Mokhtar mengharapkan mereka terus beristiqamah memperjuangkan agenda dakwah melalui hiburan nasyid.

"Kami bersyukur kerana ada di negeri Terengganu ini studio yang boleh mempermudahkan kami untuk merakamkan lagu dan album nasyid bagi merancakkan lagi industri nasyid tanah air," jelasnya.

Ketiga-tiga anggota kumpulan berkenaan turut berada di situ sempena rakaman lagu tersebut.

Anggota Kumpulan Nasyid IQ-ONE membuat rakaman lagu nasyid di Studio Cahaya Hati Production Kemaman. 
Persembahan dan maklumat IQ-ONE boleh diakses melalui laman youtube.com dengan menaip IQ-ONE Official, di Instagram (iqoneofficial) dan Facebook (IQ-ONE).

IQ-ONE bersedia pada bila-bila masa menunaikan permintaan membuat persembahan secara langsung untuk majlis keraian korporat atau mana-mana entiti berminat.

Mereka boleh menghubungi talian telefon atau Whatsapp 010-9168830 (Zulhalmy) untuk keterangan lanjut.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: