Friday, 25 October 2019

HPU Terengganu : Pemimpin PAS, UMNO Berkonvoi Kereta Kuda

SHARE
Zahid Hamidi dan Idris Ahmad menaiki kereta kuda ke lokasi utama HPU.
Oleh: Fidee Aziz

KUALA TERENGGGANU, 25 Oktober - Pemimpin PAS dan UMNO yang masing-masing diketuai Idris Ahmad dan Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi berkonvoi dari Kediaman Seri Iman ke Stadium Negeri di sini sempena Himpunan Penyatuan Ummah (HPU) Peringkat Negeri Terengganu.

Konvoi yang bermula selepas solat Maghrib itu turut disertai oleh pimpinan tertinggi kedua-dua parti, antaranya Dato’ Ismail Sabri Yaakob, Dato’ Husain Awang dan Dato’ Seri Ahmad Said.

Konvoi tersebut merupakan gimik pembukaan kepada penyatuan dua parti terbesar Islam dan Melayu.

Selesai berkonvoi pemimpin-pemimpin berkenaan berarak masuk ke dalam dewan utama.

Pemimpin kedua-dua parti berarak ke stadium.
Himpunan yang dijadual bermula pada 8.30 malam dimulakan dengan solat Isyak berjemaah.

Seterusnya, program akan disusuli dengan ucapan dan pidato pemimpin kedua-dua parti PAS dan UMNO.

Kemuncak himpunan ialah majlis menandatangani persetujuan penubuhan jawatankuasa penyelaras yang ditandatangani oleh Husain Awang dan Ahmad Said.

Dianggarkan ribuan rakyat Terengganu akan membanjiri Stadium Negeri pada program malam ini.


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: