Friday, 25 October 2019

HPU Terengganu : Lupakan Sengketa Lama Demi Agama, Bangsa dan Negara

SHARE

KUALA TERENGGANU,  25 Oktober -UMNO dan PAS diseru untuk lupakan sengketa lama dan bersatu bagi memastikan Islam bangkit kembali dan memimpin pucuk pimpinan negara.

Ketua Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Said berkata seterusnya bersatu bagi memastikan Pilihanraya Umum(PRU) akan datang, mengambil alih pucuk pimpinan daripada kerajaan yang ada sekarang.

"Inilah masanya setelah PRU yang lalu kita bergaduh tetapi hari ini marilah kita bersatu memastikan Islam Melayu bangkit semula di bumi bertuah ini.

"Sebab itu saya berseru kepada kaum muslimin dan muslimat, UMNO dan Pas perlulah bersatu untuk memastikan PRU yang akan datang, kita akan kembali memerintah negara ini.

"Pada hari ini, Perdana Menteri (PM) yang memerintah dan menteri masih lagi melayu tapi melayu tidak ada kuasa malah yang berkuasa hari ini adalah parti DSP yang mendominasikan keadaan kita pada hari ini," katanya ketika berucap di Himpunan Penyatuan Ummah (HPU) Peringkat Negeri Terengganu di Stadium Negeri, di sini hari ini.


HPU itu diserikan dengan kehadiran kepimpinan tertinggi daripada kedua-dua parti iaitu Presiden PAS, Dato" Seri  Abdul Hadi Awang dan Presiden UMNO, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Naib Presiden Pas, Idris Ahmad dan Naib Presiden Umno, Dato' Seri Ismail Sabri.

Turut hadir, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Senator Dato' Haji Husain Awang dan Pengerusi UMNO Terengganu, Dato' Seri Dr. Ahmad Said.


Beliau juga berkata telah menjadi kewajipan umat islam untuk menjatuhkan parti ini pada PRU akan datan kerana  DAP tidak pernah mengiktiraf ketuanan Melayu dan raja-raja Melayu.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: