Saturday, 26 October 2019

HPU Terengganu : Kita Tiada Pilihan, Selain Terus Bersatu- Ismail Sabri

SHARE

Ismail Sabri.

KUALA TERENGGANU, 25 Oktober- Ungkapan itu ditegaskan Naib Presiden UMNO, Dato' Seri Ismail Sabri ketika berucap dalam Himpunan Penyatuan Ummah (HPU) peringkat Negeri Terengganu, sebentar tadi.

"Hari ini, kita lihat hak Melayu dicabar, penghinaan kepada agama Islam dan raja-raja Melayu berlaku secara terbuka yang dulunya tidak pernah terjadi.

"Kalau kita ingin lihat umat Islam dan bangsa Melayu bangkit kembali, maka kita perlu bersatu," katanya dalam HPU Terengganu yang berlangsung di Stadium Negeri, semalam.

Beliau turut mengingatkan bahawa penyatuan yang dijalin dalam Muafakat Nasional baru-baru ini amat penting untuk masa depan negara.

"Walaupun kita lihat perdana menteri dan pemimpin tertinggi negara terdiri daripada orang Islam dan Melayu, tetapi kerajaan hari ini bukan kerajaan Melayu dan Islam jika dilihat dari komposisi parlimen yang ada.

"Inilah kerajaan yang ada hari ini. Walaupun diperintah pemimpin Melayu, tetapi yang berkuasa di belakang mereka adalah pemimpin Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang anti Islam, anti Melayu," jelasnya.

Ahli Parlimen Bera itu juga menyeru supaya rakyat sentiasa peka dengan segala ancaman terhadap keselamatan dan perpaduan negara.

"Baru-baru ini, kita didedahkan tentang penerapan ideologi komunis hendak disebarkan ke sekolah-sekolah. Ini menunjukkan kepada kita ancaman yang ada, begitu besar.

"Kita tidak boleh biarkan kerajaan ini memerintah dan terus menang, percayalah sedikit demi sedikit Islam dan Melayu akan dipinggirkan," ucapnya.

Dalam himpunan tersebut, presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan presiden UMNO, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan ucaptama serta menandatangani Muafakat Nasional peringkat negeri Terengganu.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: