Friday, 25 October 2019

HPU Terengganu : Kembalikan Maruah Islam, Melayu - Mohd Nasir

SHARE

KUALA TERENGGANU, 25 Oktober - Himpunan Penyatuan Ummah (HPU) Terengganu yang sedang berlangsung adalah langkah permulaan kedua-dua parti bagi mengembalikan maruah Islam dalam negara ini.

Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu, Mohd Nasir Abdul Razak berkata, kehadiran tokoh-tokoh politik utama, pendokong dan penyokong parti PAS dan UMNO adalah bukti keseriusan penyatuan ummah.

"Ummah bangkit untuk kembali menguasai politik tanah air yang tercinta ini setelah melihat situasi tidak menentu berlaku selepas keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

"Dengan isu-isu penyalahgunaan kuasa dan pertikaian tentang kedaulatan agama Islam serta maruah melayu yang diperkosa, maka penyatuan ini amat wajar diterus dan diperkasakan," ujarnya ketika ditemui pemberita dalam HPU di Stadium Negeri, di sini hari ini.
Pemimpin tertinggi kedua-dua parti.
Tambah beliau, penyatuan berkenaan adalah kerana besar jiwa yang ditunjukkan oleh semua pihak tanpa mengira parti politik.

"Mudah-mudahan usaha sekecil ini akan diteruskan bagi mengembalikan kekuatan Islam yang merupakan agama rasmi di Malaysia tercinta ini," tambah beliau.

HPU peringkat negeri Terengganu adalah natijah daripada Himpunan Muafakat Nasional yang diadakan baru-baru ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) 14 September lalu.


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: