Wednesday, 16 October 2019

'Tour Of Peninsular' : Harrif Saleh Gondol Tempat Ketiga

SHARE

KUALA TERENGGANU, 16 Oktober – Pelumba pasukan Terengganu Inc. Cycling Team (TSG), Mohd Harrif Saleh meraih pencapaian pertamanya dalam Tour of Peninsular (ToP) 2019 apabila memenangi tempat ketiga peringkat kedua, hari ini.

Kejayaan tersebut berjaya menebus kehampaanya semalam apabila gagal menempatkan diri dalam kelompok lima pelumba terbaik.

Peringkat kedua yang bermula dari Dataran Shah Bandar, Kuala Terengganu ke Chukai, Kemaman merupakan peluang terakhir untuk Harrif menyerlah di negeri kelahiran.

Dalam persaingan sejauh 157.4 kilometer sebentar tadi, Harrif mengondol tempat ketiga apabila ketinggalan di belakang Rohan Du Plooy dan Amirhossein Jamshidian Ghlehsefidi.

Dalam pada itu, pemenang peringkat pertama semalam, Elchin Asadov masih mengekalkan jersi kuning selaku pendahulu keseluruhan.

Jersi putih selaku pelumba terbaik Asia pula masih kekal menjadi milik Muhammad Danieal Haikkal Edy Suhaidee daripada pasukan Malaysia.

Manakala, Rohan Du Plooy memiliki jersi biru atau gelaran raja pecut dan jersi merah (raja bukit) dirangkul Muhamad Nur Aiman Mohd Zariff.

Esok akan berlangsung peringkat ketiga yang membabitkan jarak sejauh 172.7 kilometer melalui Kuantan-Karak.


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: