Tuesday, 1 October 2019

DUN Bandar Cipta Kelainan Tradisi Hari Asyura

SHARE
Ahmad Shah mengacau dodol sambil diperhatikan petugas-petugas program.



Oleh: Syed Kamal

KUALA TERENGGANU, 1 Oktober- Tidak sebagaimana kebaiasaan, Pusat Khidmat & Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar mencipta kelainan dalam sambutan Hari Asyura tahun ini apabila turut memasak dodol dan bubur lambuk di samping menu utama, bubur ‘sura’.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ahmad Shah Muhamed memaklumkan, tujuan  penambahan juadah berkenaan disediakan bagi memberi kelainan dalam sambutan kali ini.

“Kami masak dua kawah, tidak sangka pula mendapat perhatian ramai sehingga tidak mencukupi. Jadi, mungkin untuk tahun depan kita akan masak lebih lagi, insya-Allah,” katanya kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), dalam program Program Kacau Sura Perdana, Sabtu lalu.
 
Bubur asyura disediakan secara gotong-royong.
Dalam program tersebut, pihak penganjur juga mengagihkan bubur Asyura kepada agensi-agensi kerajaan di sekitar DUN tersebut.

“Setiap kali program, kami tidak akan melupakan agensi-agensi kerajaan sekitar bagi menjaga hubungan baik dengan mereka dan ini merupakan tanda yang kami sentiasa ingat kepada mereka.

“Antara agensi terlibat ialah Balai Polis Chabang Tiga, Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Perpustakaan Awam Kuala Terengganu, Jabatan Veterinar dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),” jelas Ahmad Shah.

Dalam program itu, sebanyak enam kawah juadah iaitu tiga kawah  bubur ‘Sura’, dua kawah dodol dan sekawah bubur lambuk.

Program itu bermula jam 7.00 pagi dan pengagihan dibuat sekitar jam 2.00 diketuai oleh Ahmad Shah bersama Lajnah Jabatan Kerajaan, Swasta dan NGO (JKS) Dun Bandar dan diringi oleh Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Dun Bandar, Sayyid Hassan Mohamad.

Sumbangan bubur asyura disampaikan kepada kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT).






SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: