Sunday, 20 October 2019

COMBI Diperluaskan Ke Peringkat Komuniti

SHARE


Oleh: Adli Mohamad

DUNGUN, 20 Oktober- Program Skuad Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku (COMBI) oleh Kementerian Kesihatan turut diperluaskan ke peringkat komuniti sebagai langkah menangani wabak denggi dan malaria.

Pegawai Kesihatan Epidemologi Pejabat Kesihatan Daerah Dungun, Dr. Muhammad Faris Mahmood berkata, pasukan itu bertindak sebagai ejen perubahan dalam kalangan komuniti setempat dengan mengamalkan aktiviti pencegahan denggi.

"Hari ini kita telah turun di Felda Jerangau. Hasrat kita melalui COMBI agar masyarakat terdidik dan timbul kesedaran terhadap pentingnya menjaga kebersihan di lokaliti juga merancang aktiviti untuk memastikan masyarakat setempat bebas dari malaria serta denggi, "ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Program COMBI dan Duta Malaria yang dianjurkan Pejabat Kesihatan Daerah Dungun di Perkarangan Masjid Muhajirin Felda Jerangau, semalam.


Katanya, melalui pasukan COMBI itu juga diharapkan agar langkah pencegahan awal dapat dilaksanakan.

"Sebagai contoh, apabila mendapat tahu ada ahli komuniti yang demam berlarutan melalui pasukan ini yang dilantik daripada kalangan komuniti itu sendiri dapat bertindak awal bagi memberi nasihat atau menghantar pesakit segera ke klinik kesihatan terdekat," jelasnya.

Semnetara itu, Pembantu Hal Ehwal Islam Felda Jerangau, Muhammad Helmi Zulkifli berharap, masyarakat Felda berkenaan dapat memberi kerjasama yang baik untuk sama-sama menjaga kebersihan agar aedes dan malaria dapat dibanteras.

"Sememangnya kalau nak fikir dari sudut agama kita telah sedia maklum bahawa menjaga kebersihatan itu separuh daripada iman.

"Maka untuk menyempurnakan iman itu maka kebersihan adalah perkara utama yang perlu dijaga," ujarnya.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: