Tuesday, 8 October 2019

Cari Jalan Atasi Masalah Banjir

SHARE


Oleh: Nooreni Abu Bakar

DUNGUN, 8 Oktober- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun bersama agensdi terlibat turun padang sebagai usaha mencari jalan untuk menyelesaikan masalah banjir yang membelenggu rakyat apabila tibanya musim tengkujuh.

Menurut Alias, masalah yang dihadapi  penduduk di tiga buah kampung iaitu Kampung Tanjong Jara, Kertas Pulas dan Kuala Abang sejak sekian lama mesti diatasi segera.

"Hari ini, kita turun meninjau laluan air, bila laluan air tidak sempurna, bila musim hujan berlaku, air tidak dapat mengalir akibat tersumbat dan menyebabkan berlakunya banjir, jadi kita ingin mencari jalan penyelesaian," ujarnya.

Alias memberitahu demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan Tanjong Jara Resort dan agensi-agensi kerajaan yang terlibat di pusat peranginan berkenaan itu, kelmarin.

Lawatan itu turut dihadiri Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun, Lizam Che Mat serta Jurutera Daerah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Dungun, Faten Adilah Ahmad Syukri.

Katanya, kerjasama yang diberikan oleh pihak terbabit sangat dihargai dan diharap masalah yang membelenggu penduduk itu dapat diatasi sebaiknya.

"Kita berharap jika tidak dapat diselesaikan sepenuhnya, dapat diselesaikan sebahagiannya  supaya bila musim tengkujuh, masalah ini tidak lagi mengganggu penduduk sekitar sini," tambahnya.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: