Tuesday, 8 October 2019

Bina Kerja Berpasukan Melalui Aktiviti Pendakian

SHARE


Oleh: Adli Mohamad

DUNGUN, 8 Oktober- Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT) melalui Pejabat Agama Daerah Kemaman menganjurkan program 'Berukhwah Hingga Ke Puncak' Cemerung Berembun Langsir (CBL) bagi membina kerja berpasukan yang mantap.

Pengarah program, Hassan Harun berkata, ianya bagi memastikan wujudnya kebersamaan diantara pegawai atasan dengan peringkat yang paling rendah di dalam organisasi berkenaan.

"Supaya terjalinnya ukhwah diantara semua pejabat agama melalui 'team building' ini.

"Hari ini kita mendaki sehingga ke puncak dengan semua peserta membawa barang, jadi kita tengoklah bagaimana hasil kerjasama didalam kumpulan yang bakal terbentuk sepanjang program dijalankan," ujarnya.

Beliau berkata demikian, ketika ditemui pemberita dalam majlis perasmian program itu yang disempurnakan oleh Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Haji Ghazali Sulaiman, hari ini.

Katanya, seramai 40 peserta mengambil bahagian dalam program selama tiga hari yang bermula hari ini dengan diawasi oleh Malim Gunung CBL yang berpengalaman dan terlatih.

Sementara itu, Ghazali berharap agar apa yang dihasratkan serta matlamat penganjuran oleh pejabat agama berkenaan tercapai.

"Sememangnya CBL menjanjikan satu kepuasan yang tersendiri dan amat dialu-alukan kepada setiap jabatan dan organisasi memilih lokasi ini untuk dijadikan aktiviti bagi membina kerjasama berkumpulan," jelasnya.

Katanya, CBL menpunyai trek semulajadi yang mencabar untuk aktiviti pendakian kerana itu ianya semakin diminati oleh pengemar aktiviti tersebut.

"InsyaAllah kenikmatan dan pengalaman yang tidak pernah didapati akan dapat dirasai, dengan pelbagai aktiviti seperti solat diatas batu, dengan air sungai mengalir dibawahnya,” ujarnya.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: