Thursday, 24 October 2019

Bina Kemudahan Asas Sementara Di Kawasan Drawbridge

SHARE

KUALA TERENGGANU, 24 Oktober – Kerajaan negeri Terengganu akan membina kemudahan asas yang minima bagi menampung keperluan sementara kepada pengunjung yang melawat Jambatan Angkat (Drawbridge).

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata,  lokasi tersebut adalah kawasan baharu digazetkan untuk pembangunan secara penswastaan yang telah diagihkan beberapa syarikat untuk memajukannya.

“Baru ini dah ada taklimat Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) tentang perancangan pembinaan sekitar drawbridge samada muara utara ataupun muara selatan. Insya Allah ini benda baru sekarang (dan sekarang) dalam proses.

“Buat sementara (ini) saya dah bincang dengan Dato’ Bandar  supaya menyediakan kemudahan asas yang minimum sementara nak siap kemudahan  kekal itu,” jelasnya.


Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal berkata demikian dalam sidang media selepas melawat tapak perumahan di Bukit Cina dan Durian Telor, pada hari Selasa.

Dr Alias juga berkata, pihak Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) akan menyediakan tandas dan tong sampah untuk kebersihan serta sebuah taman bagi menambahkan kecerian bagi kawasan tumpuan pelancong itu.

“Jadi saya harap (agar) para pelancong luar dan orang tempatan sendiri serta  peniaga-peniaga buang sampah ke dalam tong yang kita sediakan . kalau tiada tong sampah bawalah bawa plastik hitam dan ikat elok-elok letak satu tempat supaya mudah kita nak uruskan.

“Kita nak minta satu perkaralah tolonglah jangan buang sampah (dimerata-rata tempat),” ujarnya.

Kata beliau, tempat itu merupakan kawasan baru yang belum diswastakan mana-mana syarikat.

“Sekarang ini  Majlis Bandaraya buat sendiri secara dalaman oleh kakitangan dia sendiri. Bukan tak angkut tapi lewat sikit. Buat sampah petang ini  jadi pagi esok  kita kutip.

“Insya allah lepas ini Dato’ Bandar ambil tindakan dan lepas ini  memperluaskan kawasan operasi swasta kita (dengan) tambah  nilai kotrak. Insya allah akan selesai ,” katanya.

Justeru itu, beliau berkata, kerajaan sangat peka dan ambil cakna berkait dengan masalah dan berharap agar masyarakat jangan terlau awal sebarkan sebarang maklumat.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: