Thursday, 17 October 2019

Bajet 2020 : Julang Aspirasi Rakyat Terengganu

SHARE
Muhammad Khalil.
Oleh: Fidee Aziz

KUALA TERENGGANU, 17 Oktober - Bajet 2020 yang akan dibentang oleh Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada bulan hadapan dijangka akan mengutamakan aspirasi rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, pelbagai aspek akan diteliti bagi memenuhi keperluan semasa rakyat.

Katanya, segala isu yang membelenggu masyarakat seperti peluang pekerjaan, kos sara hidup dan kemiskinan wajar diperhalusi sebaiknnya.

“Kita sedang dan akan melaksanakan manifesto-manifesto yang kita janji kepada rakyat dan sudah tentu ia melibatkan bajet yang akan dibentangkan nanti.

“Bajet ini menujukkan komitmen Kerajaan Negeri dalam menunaikan janji kepada rakyat,” katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Cerung Binjai, Chendering dalam rangka lawatan lokasi utama banjir dalam Kawasan Batu Buruk, hari ini.

Baru-baru ini, Ahmad Samsuri mengatakan Bajet 2020 yang akan diumumkan nanti meletakkan empat teras utama untuk dilaksanakan.

Katanya, dalam belanjawaan itu dirangka berdasarkan jangkaan perolehan yang bakal diterima daripada kerajaan Persekutuan menerusi royalti minyak.

“Kita menganggarkan memperoleh hasil royalti petroleum tidak jauh berbeza daripada sebelum ini.

“Justeru kita menetapkan empat sasaran utama untuk ditekankan pelaksanaannya menerusi anggaran RM1.28 bilion yang bakal diperoleh tahun depan.

“Ia termasuk memperkukuh dan memartabatkan agama Islam, memacu pertumbuhan ekonomi rakyat, melestarikan kehidupan sejahtera dan membangunkan modal insan,” katanya.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: