Wednesday, 16 October 2019

800 Wanita Bijak Wang - Hanafiah Mat

SHARE
Hanafiah Mat.
Oleh: Ahmad Ezani Razali

KEMAMAN, 16 Oktober - Seramai kira-kira 800 orang peserta menghadiri Program Wanita Bijak Wang yang berlangsung dalam suasana yang sangat meriah.

Kehadiran penceramah yang juga penasihat kewangan terkenal dengan gelaran mekanik wang, Abuayubul Ansari berjaya mencuit hati para peserta dengan telatah dan celotehnya yang bersahaja.

Pengerusi Jawatankuasa kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai, Hanafiah Mat ketika ditemui selepas merasmikan program tersebut gembira dengan kehadiran para peserta yang ramai.


"Saya mengharapkan semua peserta yang hadir pada hari ini dapat memanfaatkan dengan sebaiknya segala ilmu yang diperolehi berkaitan pengurusan wang. Wanita perlu bijak menilai, mengurus dan menyimpan wang agar dapat membina keluarga sejahtera dan stabil.

"Program di bawah anjuran Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri Terengganu pada hari ini adalah kali kedua diadakan dengan kehadiran penceramah yang sama.

"Kali pertama ia berjaya dianjurkan di Dewan Besar Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu pada 3 oktober yang lalu," tambahnya lagi.


Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Haji Ab.Razak Ibrahim, ADUN Wanita Terengganu, Zuraida Md Noor dan Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal, Ustaz Hazri Jusoh.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: