Wednesday, 9 October 2019

500 Orang Pelajar SPM Ikuti Program ‘Rehat Minda’

SHARE


Oleh : Mustaqim Afandi

BESUT, 8 Oktober – Seramai 500 orang pelajar tingkatan lima daripada tujuh buah sekolah menengah sekitar Dewan Undangan Negeri(DUN) Kota Putera telah terpilih untuk mengikuti program ‘Rehat Minda’.

Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab. Rahman berkata, ia bertujuan agar para pelajar yang bakal menduduki peperikaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dapat menimba ilmu pengetahuan.

“Program Rehat Minda mampu memberi motivasi kepada adik-adik yang akan menduduki peperiksaan SPM.

“Kami akan selalu memberi bantuan dan sokongan kepada mana-mana sekolah yang ingin menganjurkan program kepada pelajar,” ujarnya.


Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera, berkata demikian ketika merasmikan program tresebut di Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu, semalam.

Menurutnya, daerah Besut pernah menjadi juara peringkat negeri dalam bidang pendidikan dan kejayaan itu tidak mustahil untuk berulang sekali lagi.

“Program ini adalah sebahagian daripada ikhtiar daripada pihak DUN agar anak-anak pelajar bersemangat menghadapi peperiksaan SPM yang bakal menjelang tidak lama lagi.

“Di samping berjaya menghimpunkan pelajar SPM dari tujuh buah sekolah di Kota Putera, program ini juga boleh mengeratkan silatulrahim dalam kalangan pelajar, ibu bapa dan guru,” jelas beliau.


Justeru itu, beliau berharap agar program motivasi yang dianjurkan secara kolaborasi di antara PU Akram diharapkan akan memberi impak yang  positif kepada golongan sasaran.


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: