Thursday, 24 October 2019

49 Pegawai Tadbir Terengganu Bertukar

SHARE

KUALA TERENGGANU, 24 Oktober - Seramai 49 pegawai tadbir kanan kerajaan negeri terlibat dalam pertukaran berkuat kuasa 3 November ini bagi memantapkan lagi urusan pentadbiran negeri.

Makluman mengenai pertukaran itu dikeluarkan hari ini oleh pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu di sini.

Antara yang terbabit dalam rombakan itu ialah Zainal Abidin Mohamed yang ditukarkan dari jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Terengganu (Pembangunan) merangkap Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) ke jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Terengganu (Pengurusan).

Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Terengganu (Pembangunan) akan diganti oleh Samiun Salleh yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT).

Timbalan Pegawai Kewangan Negeri Terengganu, Azhar Jusoh ditukarkan ke jawatan Pengarah Yayasan Islam Terengganu.

Ketua Penolong Pentadbir Tanah Marang, Zawawi Abd Rahman akan mengisi jawatan Timbalan Pegawai Kewangan Negeri Terengganu. Mahari Abdul Rahman yang merupakan Pendaftar Kolej Al-Quran Terengganu ditukarkan ke jawatan yang sama di Marang.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu, Anuar Awang ditukarkan ke jawatan Pegawai Daerah Tanah Dungun. Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kemaman, Wan Mohd Zaki Wan Abdullah ditukarkan ke jawatan Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga.

Setiausaha Bahagian (Pengurusan Sumber Manusia), Ariffin Abdullah akan memulakan tugasnya sebagai Pegawai Daerah Tanah Kuala Nerus manakala Ketua Penolong Pentadbir Tanah Kemaman, Mohamad A Rahman@Othman ditukarkan ke jawatan Pegawai Daerah Tanah Kemaman.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: