Wednesday, 9 October 2019

320 Penduduk Rhu Rendang Terima Kad Sejahtera

SHARE



Oleh: Aslam Wira

MARANG, 8 Oktober - Seramai 320 penduduk berpendapatan rendah  di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang mula  menerima kad sejahtera  seperti yang dijanjikan dalam manifesto piliharaya umum lalu.

Jumlah itu adalah sebahagian daripada 500 penduduk di DUN itu yang layak menerima kad sejahtera dan akan diagihkan secara berperingkat-peringkat.


Pengarah Majlis Tindakan Dun Rhu Rendang, Hassan Awang berkata, walaupun kerajaan negeri berdepan dengan kekangan kewangan yang terhad, tetapi masih mampu melaksanakan janji yang dikemukakan

“Dalam Dun Rhu Rendang terdapat lebih 500 orang yang disenaraikan layak dan hari ini adalah fasa pertama diagihkan kepada 320 orang,” katanya.


Beliau berkata demikian kepada Urusetia Penerangan Darul Iman selepas Majlis  Penyerahan Kad Sejahtera yang disempurnakan oleh isteri Menteri Besar Terengganu, To’ Puan Seri Tuan Faizah Tuan Ab Rahman.

Turut hadir adalah Pegawai Khas Menteri Besar Terengganu, Wahad Osman, Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), Wan Ahmad Zuki Wan Ismail.

Terdahulu, seramai 12 orang pelajar telah menerima sumbangan khas daripada sebuah syarikat korperat bagi menyambung pelajaran ke institut pengajian awam dan swasta di luar dan dalam negara.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: