Sunday, 13 October 2019

200 Peserta Sertai Pertandingan Memanah

SHARE



Oleh: Ammaar Salehudin

KUALA TERENGGANU, 12 Okt- Seramai 200 peserta  menyertai Pertandingan Memanah Piala Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam 2019 yang diadakan kali pertama dalam usaha mempromosikan sektor pelancongan Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri berkata, sukan memanah adalah antara sukan yang disebut oleh Nabi.

Katanya, sekiranya kita memanah antaranya mendatangkan pahala,  selain dapat menyihatkan badan untuk kita beribadah  kepada Allah, apabila sihat kita boleh beribadat, bila sakit, kita susah hendak ke masjid nak hadir kuliah dan program-program ilmu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan program tersebut di Padang Bola Kampung Panji Wakaf Mempelam.

Selain pertandingan memanah, banyak program yang di jalankan di situ seperti pertujukan seni silat melayu dan pertandingan ayam hutan.

Program yang meriah ini di anjurkan oleh pihak Majlis Pengurusan Komuniti Kampung MPKK Merbau Patah dengan kerjasama Seni Silat Sepelet Gunung Jati, Archery Club dan Wafiq Maju Archery Club.



SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: