Thursday, 3 October 2019

17 Pelajar Darul Ansar Sambung Pengajian ke Turki

SHARE
Pelajar-pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Turki bergambar bersama Ustaz Maliaman Kassim dan Ustaz Kamaruzaman


Oleh : Khairuddin Yusoff

HULU TERENGGANU, 3 Oktober-Seramai 17  pelajar dari Madrasah Darul Ansar, Kampung Basung terpilih untuk melanjutkan pengajian di Bumi Turki pada sesi ketiga kali ini.

Pengasas Madrasah, Ustaz Kamaruzaman Abdullah berkata, pelajar yang terpilih ini akan mengikuti bidang pengajian islam di Universiti Agri dan Universiti of Minnisota,Turki yang akan berangkat pada 8/10/2019 ini.

“Alhamdulillah seramai 17 orang pelajar madrasah ini akan menyambungkan pengajian ke Turki yang mana lima orang di Agry Universiti dan Universiti of Minnisota di Istanbul seramai 12 orang," ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman(UPDI) dalam Majlis Makan Malam Gennerasi Al - Fateh Dana Pendidikan dan Pengajian Tinggi ke Turki, baru-baru ini.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri, Ustaz Maliaman Kassim.

Tambah kamaruzaman, beliau amat bersyukur dan gembira daripada lima orang pelajar yang terpilih ke Universiti Agri ini seorang daripadanya mendapat biasiswa daripada kerajaan Turki dan diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: