Monday, 14 October 2019

115 Pelumba Sahut Cabaran Tour Of Peninsular 2019

SHARE
Pasukan Malaysia antara pelumba yang bersaing dalam ToP 2019.

KUALA NERUS, 14 Oktober- Seramai 115 pelumba ditampilkan dalam Majlis Memperkenalkan Pasukan Tour of Peninsular (ToP 2019, sebentar tadi.

Mereka mewakili 20 pasukan profesional Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) dan kebangsaan dari serata dunia antaranya Azerbaijan, Thailand, Korea Selatan dan Afrika Selatan.

Majlis yang berlangsung di Duyong Marina & Resort itu disempurnakan oleh Menteri Besar, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dalam suasana hujan lebat bertepatan slogan 'Storm The Weather' yang menjadi tema perlumbaan.
Dr. Samsuri menyampaikan penghargaan kepada Steven Sim.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Steven Sim Chee Keong; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr. Alias Razak disamping Tengku Seri Bijaya Raja Pengarah Tanah dan Galian Terengganu.

Bermula esok, para pelumba bakal mengharungi jarak sejauh 751.6 kilometer dengan pelbagai tahap kesukaran melibatkan tiga negeri iaitu Terengganu, Pahang dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hingga berakhir pada 19 Oktober.

Bagi peringkat pertama, ToP akan bermula di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Dungun dan berakhir di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu dengan jarak laluan sejauh 180.6 kilometer.

Pasukan TSG merupakan pencabar saingan ToP 2019.


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: