Sunday, 8 September 2019

Utamakan Produk Muslim

SHARE


Oleh: Nooreni Abu Bakar

DUNGUN, 8 September - Orang Islam diseru mengutamakan produk muslim bagi kegunaan mereka setiap hari supaya status halalnya terjaga dan diyakini.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri, Alias Harun berkata dengan membeli barangan yang dikeluarkan oleh orang Islam secara tidak langsung membantu meningkatkan ekonomi mereka.

"Terutamanya makanan, kita dituntut untuk menjaga sumber makanan kita agar fizikal, mental, spiritual dan emosi kita terjaga," ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita setelah diminta mengulas mengenai produk muslim selepas menyerahkan sumbangan Tabung Darul Iman kepada seorang penerima di Kampung Padang Pulut, baru-baru ini.

Alias yang juga merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang menyeru agar lebih ramai pengeluar produk muslim tampil dengan barangan mereka.

"Ianya supaya lebih banyak produk kegunaan harian kita adalah produk Muslim dan orang Islam sendiri ada banyak pilihan untuk membelinya," ujarnya.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: