Friday, 6 September 2019

'Toyota Gazoo Racing & Vios Challenge' Janji Pamer Aksi Terbaik

SHARE

KUALA TERENGGANU, 6 September - 'Festival Toyota Gazoo Racing & Vios Challenge 2019' menjanjikan aksi terbaik buat peminat permotoran Terengganu dalam perlumbaan yang bermula hari ini.

Seramai 35 peserta terdiri daripada pelumba profesional terkemuka negara bakal menggegarkan kawasan Gong Badak sepanjang dua hari pertandingan berlangsung.

Turut serta, 10 artis terkenal Malaysia yang menyertai perlumbaan kategori selebriti, antaranya ialah Janna Nick, Wany Hasrita, Nabil Ahmad dan Shukri Yahya.


Buat kali pertamanya, penganjur Toyota Gazoo Racing turut mengadakan perarakan Meet & Greet (temu mesra) artis bersama peminat mereka di Pasarnita, Kuala Terengganu yang dihadiri kira-kira 300 peminat tempatan, semalam.

Untuk rekod, tahun ini merupakan musim ketiga festival berkenaan diadakan di Terengganu.




SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: