Monday, 30 September 2019

Terapkan Persekitaran Positif Kepada Pelajar

SHARE


Oleh: Amiirullah Mansor

DUNGUN, 30 September- Ibu bapa perlu mendedahkan anak-anak yang mula memasuki persekolahan peringkat menengah dengan persekitaran yang baik dan menjauhkan mereka daripada anasir tidak sihat.

Penyelia Institut Modal Insan (i-Mits) Dungun, Jamaluddin Jusoh Al-Hafiz berkata, suasana persekitaran keluarga yang baik merupakan perkara penting yang sepatutnya didedahkan kepada para pelajar.

"Pelajar tingkatan 1, 2 dan 3 ini mereka masih lagi dialam kebudak-budakan yang hanya mahu keseronokan dan tidak mampu berfikir dengan baik apa yang disampaikan.

“Sekurang-kurangnya dengan persekitaran positif itu menjadikan pelajar sentiasa terdedah dengan perkara yang baik,” katanya ketika merasmikan Majlis Penutup Program Transisi Personaliti Remaja (PTPR) di Dewan Besar Sekolah Menengah Islam Darul Bayan, Kampung Pinang Merah, Dungun, semalam.


Turut hadir, Pegawai Serata Hal Ehwal Mahasiswa i-Mits Negeri Terengganu, Nasiruddin Othman serta Pengetua Sekolah Menegah Islam Darul Bayan, Che Wan Mustapha Che Wan Kamal.

Tambah beliau, ibu bapa juga perlu membekalkan anak mereka dengan agama bukan setakat teori bahkan dalam bentuk praktikal disamping memfokuskan matlamat kepada anak-anak yang menuntut ilmu dalam pengajian yang diceburi.

“Satu virus yang merisaukan anak bangsa kita ialah jika masih leka dengan dunia dimana ia akan menjanjikan deritanya terus ke akhirat kerana tidak mempunyai bekalan ilmu agama,” ujarnya lagi.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: