Tuesday, 3 September 2019

Takraw Acara Tahunan DUN Tepoh

SHARE
Pasukan Tanjung Gelam merentap bersama KSTJ. Tanjung Gelam menang set penentuan, 19-21, 21-18 dan 15-9.



Oleh : Mohd Zukifli Mat


KUALA NERUS, 3 September - Kawasan Dewan Undangan  Negeri (DUN) Tepoh akan menjadikan kejohanan sepak takraw sebagai acara tahunan, bertujuan menghidupkan permainan tradisional Melayu sejak turun temurun.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri Ustaz Hishamuddin Abdul Karim berkata, ia juga bertujuan untuk menyemarakkan semangat patriotik dan cintakan tanah air di kalangan anak muda dan ahli masyarakat. 

"Memupuk semangat ini amat perlu agar usaha menterjemahkan rasa cintakan tanah air bukan sahaja di bulan kemerdekaan bahkan dalam seluruh kehidupan.
Hishamuddin (tengah) menyarung madel ke leher peserta kejohanan dari Pasukan Tanjung Gelam.

"Saya kira sepak takraw merdeka ini akan dijadikan acara tahunan kita. Pada tahun lepas, penganjuran ini telah dimulakan dan insyaallah ia akan kekal sebagai acara tahunan Tepoh,"ujar Hishamuddin.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kejohanan Sepak Takraw Merdeka DUN Tepoh di Tok Jiring di sini 31 Ogos lalu.

Sebanyak 17 pasukan berentap bagi menjuarai kejohanan tersebut. 
Pasukan Juara Tanjung Gelam menerima hadiah dari Hishamuddin (tengah).

Pasukan Sepak Takraw Tanjung Gelam muncul juara kejohanan berkenaan setelah menewaskan Kelab Sepak Takraw Tok Jiring (KSTJ) dalam set penentuan, 19-21, 21-18 dan 15-9.

Kejohanan ini adalah kali kedua dianjurkan bersempena dengan Bulan Kemerdekaan di bawah kelolaan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (I-MiTS)Tepoh dan Pusat Khidmat DUN Tepoh.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: