Saturday, 7 September 2019

SUTERA Terengganu: Tiga Daerah 'Pulun' Acara 4×100m

SHARE

Kuartet 4×100m Kuala Nerus menunjukkan pingat Emas yang diperolehi.

KUALA NERUS, 7 September- Acara akhir 4×100 meter Sukan Terengganu (SUTERA) 2019 yang berlangsung hari ini menyaksikan penguasaan kontinjen Majlis Sukan Daerah (MSD) Kuala Terengganu, Marang dan Kuala Nerus apabila ketiga-tiga pasukan itu mendominasi pungutan pingat dalam kedua-dua kategori lelaki dan wanita.

Berlangsung di Stadium Olahraga Universiti Malaysia Terengganu (UMT),wakil MSD Kuala Terengganu menggondol pingat Emas bagi kategori lelaki, menewaskan kuartet Marang di tempat kedua dan kuartet Kuala Nerus yang meraih Gangsa.

Manakala, bagi kategori wanita kuartet Kuala Nerus pula menggungguli Emas mengatasi Kuala Terengganu dan Marang.
Pengarah MSNT menyampaikan pingat kepada pemenang.

Pada hari ketiga kejohanan SUTERA petang tadi, turut berlangsung acara akhir lompat kijang dan lompat jauh.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: