Friday, 6 September 2019

SUTERA Terengganu : Dungun Rampas Tiga Pingat Petanque

SHARE
Para pemain bergambar bersama selepas perlawanan.
KUALA TERENGGANU, 6 September- Majlis Sukan Daerah (MSD) Dungun mempamerkan aksi terbaik sekali gus berjaya merampas tiga pingat dari enam pingat yang dipertandingkan dalam acara Petanque kategori Shooting di Sukan Terengganu (SUTERA) 2019, semalam.

Sharifah Aqilah Farhana Syed Ali menggondol pingat emas dalam Shooting Wanita setelah mengatasi peserta jemputan dari Majlis Sukan Negeri (MSN) Kelantan, Wan Noor Fatin  Atikeh Wan Zakaria (Perak) serta rakan sepasukan, Nurnadirah Burhan Shahidi yang meraih gangsa.


Manakala, bagi kategori Shooting Lelaki, wakil Dungun, Syed Afiq Fakhri Syed Ali sekadar meraih perak dalam pertandingan yang dimonopoli MSD Besut melalui Adib Rifqy Azman (emas) dan Muhammad Rahmat Azizi (gangsa).

SUTERA memasuki hari kedua pertandingan dan menawarkan pingat dalam acara Berbasikal, Tenpin Boling, Boling Padang (Lawn Bowl) dan Olahraga, hari ini.


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: