Tuesday, 3 September 2019

SUTERA: Marang Sasar 17 Emas

SHARE




Oleh: Muhammad Syafiq Syakirin

Marang, 2 September – Kontinjen Marang menyasarkan sekurang-kurangnya 17 emas dalam dalam Sukan Terengganu (SUTERA) yang bakal  membuka tirainya pada 5 September ini.

Sasaran emas, termasuk sukan berbasikal, silat, olahraga,pingpong,  tenpin boling, sepak takraw dan bola tampar.

Ketua SUTERA Kontinjen Marang, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak berkata, walaupun  Marang antara daerah terkecil di negeri ini tetapi pihaknya akan memastikan atlet yang bertanding dapat memberi  saingan sengit bagi mencapai sasaran itu

“Daerah kecil, bukan alasan  untuk membuktikan bahawa kami turut dapat bersaing dengan kontijen –kontijen yang lain,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam satu pertemuan pada Majlis Himpunan Atlet SUTERA  Kontinjen Marang 2019 di Dewan Utama , Majlis Daerah Marang ,Kampung Paya, di sini semalam.

Turut hadir pada acara tersebut Pengurusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan, Mohd Nor hamzah dan Timbalan  Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat, Sulaiman Sulong.

Jelasnya lagi, kontijen Marang yang  akan menggunakan maskot sotong bakal  menghantar seramai 218 atlet yang akan bertanding bertanding dalam 13 acara SUTERA.

““Kita hanya mampu menghantar atlet sejumlah itu,  sesuai dengan daerah kita yang kecil akan tetapi kita pergi dengan semangat juang yang besar bagi memastikan ‘sotong’ dapat memberi kesan yang kepada pihak lawan” kata beliau




SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: