Saturday, 7 September 2019

Sukan Rakyat Bukit Berangan Tarik 200 Penyertaan

SHARE

Oleh : Mohd Zukifli Mat

KUALA NERUS, 7 September – Pesta Sukan Rakyat Kampung Bukit Berangan Tepoh di sini menarik penyertaan seramai 200 penyertaan dari penduduk pelbagai lapisan masyarakat dari kampung tersebut semalam.

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Wan Khalid Wan Embong berkata, dengan penyertaan ramai itu menunjukkan bahawa sukan tradisonal masih terpahat di hati masyarakat.

Di samping itu katanya ia juga boleh memupuk semangat perpaduan dan persaudaraan bagi melahirkan masyarakat saling bantu membantu antara satu sama lain.

“Program yang mendapat penyertaan daripada pelbagai peringkat umur itu bertujuan untuk mengeratkan ukhawah silaturahim dengan lapisan masyarakat disamping untuk menyihatkan badan,” jelas beliau ketika ditemui di tapak pesta berkenaan semalam.

Tambahnya, sukan rakyat yang diketengahkan itu juga membolehkan peserta dan penonton menghayati suasana kehidupan kampung.

"Sambutan daripada peserta amat menggalakkan terutamanya golongan muda dan mereka tidak kekok ketika bermain pancing botol dan sebagainya," katanya.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim merasmi dan menyampaikan hadiah kepada pemenang pelbagai acara pesta tersebut.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: