Saturday, 28 September 2019

Sukan Dapat Jauhkan Gejala Negatif

SHARE

Oleh: Jusmawari Jusoh

BESUT, 28 September – Anak-anak muda diharap dapat menjauhi gejala negatif termasuk penyalahgunaan dengan melibatkan diri dalam acara sukan antaranya bola sepak.

Penyelaras Parlimen Besut, Ustaz Riduan Mohamad Nor berkata, dengan adanya program ini dapat mengelakkan melakukan perkara yang tidak berfaedah.

"Saya berharap anak-anak muda dapat jauhkan diri dengan wabak dadah yang semakin serius di Bumi Besut ini.

“Dengan adanya program-program sebegini,semoga anak muda dapat lupakan terus dengan gejala yang tidak sihat,” jelasnya.

Ustaz Riduan berkata demikian selepas menyampaikan hadiah kepada para pemenang Kejohanan Bola Sepak Penalti Piala beliau, di sini, pada hari ini.


Menurutnya, sebanyak 44 pasukan berentap di padang Sekolah Menengah Tengku Mahmud 2 yang dianjurkan sempena "Kempen Anti Dadah 2019".

Program tersebut telah dirasmikan baru-baru ini di Medan Selera Jertih Oleh Pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Puan Nor Hafizza Mat Zin.

Oleh itu, Ustaz Dr. Riduan berkata, Pejabat Penyelaras Parlimen Besut akan mempelbagaikan program seumpama itu untuk anak-anak muda.

"Saya berharap anak-anak muda dapat jauhkan diri dengan wabak dadah yang semakin serius di Bumi Besut ini. Dengan adanya program-program sebegini, semoga anak muda dapat lupakan terus dengan gejala yang tidak sihat.

“InsyaAllah kita akan adakan program berbasikal "FUN RIDE" peringkat Parlimen Besut pada hujung Bulan 10 nanti dan diharap dikalangan anak muda paling ramai yang akan menyertai nanti,” ujarnya.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada para pemenang dan berterima kasih kepada semua pihak  yang menjayakan program tersebut.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: