Wednesday, 4 September 2019

Semangat Kesukanan Bawa Kubang Bemban Jadi Juara

SHARE

Oleh : Muhd Afiq Zohir

BESUT, 4 September - Semangat kesukanan yang dipamerkan oleh Kubang Bemban membawa pasukannya sebagai juara dalam perlawanan bola sepak.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata, kunci utama yang menentukan sesebuah kejayaan ialah kerja secara berpasukan.

"Semangat berpasukan amat penting bagi mengatasi dan menyelesaikan apa jua masalah yang melanda.

"Semangat kesukanan yang dipamerkan oleh kedua-dua pasukan mampu untuk melahirkan satu suasana persekitaran yang sejahtera," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan perlawanan akhir Kejohanan Bola Sepak Piala Penyelaras DUN Jerteh di Padang Astaka, Jerteh, semalam.

Menurutnya, program sebegini amat sesuai diadakan kerana ia dapat mengisi masa lapang anak-anak muda daripada melakukan aktiviti yang tidak berfaedah.

Kata beliau, perlawanan bola sepak bermula pada jam lima petang yang memperlihatkan serangan bertubi-tubi diantara pasukan Kubang Bemban dan Simpang Tiga.

"Kelalaian pertahanan Simpang Tiga diminit akhir masa pertama membawa padah apabila Muhd Naim menolak masuk bola ke gawang lawan.

"Kelebihan satu jaringan Kubang Bemban membawa pasukannya layak dinobat sebagai juara," ujarnya.

Tambah Azhar, kejohanan tersebut berlangsung selama satu bulan yang melibatkan lapan pasukan dari DUN Jerteh.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: