Tuesday, 3 September 2019

Pungut Dana Sambil Santai Berbasikal

SHARE


Oleh: Nooreni Abu Bakar

DUNGUN, 3 September – Program Kayuhan Ambang Merdeka akan diteruskan dengan kayuhan kutipan dana untuk mangsa-mangsa banjir di musim tengkujuh nanti.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri, Alias Harun berkata, hasrat murni Geng Basikal Dungun yang proaktif mengumpulkan warga Dungun untuk melaksanakan aktiviti sihat dan santai itu harus dipuji berikutan ianya mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai.

"Aktiviti ini juga boleh dilakukan bersama keluarga dan dapat mengeratkan hubungan keluarga, kawan - kawan dan juga dapat mengelak daripada terjebak kepada gejala yang tidak sihat," katanya kepada pemberita selepas majlis perlepasan peserta-peserta Kayuhan Basikal Ambang Merdeka 2019 oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan(NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah di Dewan Arena Merdeka, Dungun baru-baru ini.

Alias yang begitu teruja dengan penyertaan peserta-peserta program yang terdiri daripada pelbagai golongan iaitu kanak-kanak, wanita, orang kurang upaya dan juga warga emas memberitahu ianya adalah yang julung kali diadakan.

""Pada mulanya dianggarkan hanya 300 buah basikal sahaja yang akan menyertai kayuhan, tetapi malam ini penyertaan hampir lebih 350 buah," ujarnya.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: