Wednesday, 4 September 2019

Program 'Food Bank' Akan Diperluas Ke UMT

SHARE

KUALA TERENGGANU, 4 September - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) cawangan Terengganu akan memperluaskan program Food Bank Siswa Malaysia ke beberapa universiti lain termasuk Universiti Malaysia Terengganu mulai Oktober ini.

Program sama yang mendapat kerjasama dengan beberapa pasaraya terkenal, Primula Beach Hotel, Harolds Bread (M) Sdn Bhd dan Pasaraya Xiri Sdn Bhd itu telah dimulakan di Universiti Sultan Mizan Zainal Abidin (UniSZA) pada April lalu.

Pengarah KPDNHEPSaharuddin Mohd. Kia berkata, apa yang telah dilaksanakan di universiti itu sangat membantu pelajar, terutama yang kurang berkemampuan.

“Kira-kira 700 pelajar UniSZA sehingga hari ini mendapat manfaat daripada program yang diperkenalkan Menteri Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Kesedaran Halal Kepada Penjawat Awam di Kompleks Seri Iman, di sini hari ini.


Katanya. apa yang membanggakan sehingga sekarang, pelbagai pihak dan yang terbaru Pasaraya Sabasun dan Duyong Marina Resort tampil menyatakan hasrat untuk bersama-sama membantu meringankan beban pelajar.

“Initiatif ini amat membantu mereka yang mempunyai masalah kewangan yang terhad. Bila berhadapan dengan masalah kewangan, pelajar turut berhadapan dengan masalah untuk mendapat keperluan makanan,” katanya.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: