Sunday, 22 September 2019

PKMD Bukit Besi Buka Ruang Para Dermawan Bantu Pesakit

SHARE


Oleh: Adli Mohamad

DUNGUN, 22 September- Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (PKMD) Bukit Besi membuka peluang kepada para dermawan untuk menyumbang alat sokongan kepada pesakit khususnya di kalangan mereka yang kurang berkemampuan.

Pegawai Penyelaras DUN berkenaan, Ghazali Sulaiman berkata, pihaknya bersedia menjadi perantara bagi tujuan murni tersebut.

"Alatan hospitaliti seperti tilam angin, katil, alat bantuan pernafasan dan sebagainya yang masih berfungsi dengan baik boleh diserahkan kepada PKMD untuk kemudahan pesakit asnaf di DUN ini,” ujarnya ketika ditemui pemberita di PKMD Bukit Besi, hari ini.

Kaedah pengagihan menurut Ghazali, adalah secara sistem wakaf.

"Kerana kita tahu barang berkenaan kosnya tinggi, jadi kita membuka peluang seluas-luasnya kepada dermawan di luar sana memperolehi ganjaran pahala.

"Dimana pesakit menggunakannya sehingga sembuh, ataupun sehingga tempoh waktu tertentu dan kemudiannya kita akan serahkan pula kepada mereka yang lain,” katanya.

Ghazali berkata, sehingga kini sebanyak 20 kerusi roda telahpun diagihkan kepada pesakit yang layak dan pihaknya juga menerima lapan katil yang disumbangkan oleh Parlimen Dungun.

Katanya, bagi pertanyaan lanjut dan mereka yang ingin membantu boleh berurusan dengan PKMD Bukit Besi, yang terletak di alamat Tingkat Bawah, Bangunan Kedai Lay By (Fasa 3).

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: