Thursday, 26 September 2019

Piala Belia : ‘Kami Mahu Juara’ - Terengganu FC IV

SHARE

Foto ihsan - Media TFC IV
KUALA TERENGGANU, 26 September - Menjelang aksi akhir kedua Piala Belia 2019 Sabtu ini, Terengganu Football Club (TFC) IV yang hanya selangkah menjulang trofi itu bertekad mahu memastikan kejuaraan itu menjadi milik mereka.

Ketua pasukan, Tuan Ahmad Muqris Tuan Noor Marzuki, 19, berkata, setelah mencatat keputusan seri tanpa jaringan dalam saingan akhir pertama minggu lalu, skuadnya pada kali ini lebih bersedia mengatur strategi bagi merobek pintu gol PKNS FC.

Katanya, tidak mustahil pasukannya akan muncul juara setelah melihat rakan sepasukannya mempamerkan semangat yang tinggi dalam latihan bermula sejak tiga hari lepas.

“Kali ini kami lebih teliti mempersiapkan diri kami untuk menghadapi saingan akhir kedua pada hari Sabtu ini setelah kami tidak mendapat mendapatkan bekalan gol di tempat lawan tempoh hari.

“Kami tidak berputus asa dan terus komited dalam latihan, masing-masingg berusaha kerana kami meletakkan target untuk menjulang menjulang Piala Belia,” ujarnya ketika dihubungi media hari ini.

Skuad Muda Terengganu.
Dalam pada itu, Ahmad Muqris sangat mengharapkan agar seluruh peminat bola sepak Terengganu hadir memenuhi Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS) hujung minggu ini

“Harapan saya kepada penyokong yg berada di Terengganu supaya dapat datang ke stadium pada Sabtu ini bagi memberi sokongan dan semangat lagi kepada kami.

“Insya-Allah kami akan buat yang terbaik dan hadiah juara untuk semua penyokong dan rakyat Terengganu,” tambahnya.

Dalam aksi pertama di Stadium Majlis Bandar Raya Petaling Jaya (MBPJ) 21 September lalu, TFC IV berjaya menghalang PKNS daripada mendapat bekalan selesa di halaman sendiri apabila berjaya mengikat keputusan 0-0.

Keputusan itu juga sekali gus memberi kelebihan kepada skuad bawah 19 tahun Terengganu untuk merangkul gelaran juara.

Muslihuddin Atiq ayam tambatan TFC IV.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: