Wednesday, 4 September 2019

Pelakon Fikry Ibrahim Sertai Terengganu Jetski Challenge

SHARE
Foto - Wan Luqmanul Hakim
Oleh: Adli Mohamad

DUNGUN, 4 September - Pelakon drama 'Kau Yang Pertama' terbitan TV3, Fikry Ibrahim antara yang bertanding pada Terengganu Jestski Challenge yang diadakan di Tasik Puteri, Bukit Besi baru-baru ini.

Pelakon yang terkenal menerusi drama 28 episod itu berkata, kejohanan itu adalah kali pertama disertai sejak berjinak-jinak dengan sukan air itu dua bulan yang lalu.

“Saya merasakan orang sini sangat ramah macam orang kampung saya sendiri di Kedah.

“Terima kasih kepada pihak penganjur, bahagian teknikal dan semua yang terlibat demi menjayakan progam 'Terengganu Jetski Challenge ini," ujarnya yang menduduki tempat keempat di dalam kategori yang disertai pada pertandingan tersebut.


Program berkenaan, merupakan anjuran RCT Meganrata, Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), dan Kementerian Pelancongan Negeri Terengganu.

Program terbabit mencuri tumpuan apabila turut disertai oleh pelumba wanita.

Salah seorang pelumba wanita, Gina Rhafieda Doming berkata, dia  mula menceburi kejohanan jetski pada 2016 lagi.


"Saya mendapat galakkan serta tunjuk ajar daripada suami Ahmad Zuhairi. Sebelum ini keluarga saya memang ada jetski tetapi saya tidak ambil kisah, kerana diajak oleh suami saya mula memcuba ternyata ianya amat menyeronokkan," katanya.

Dia turut mengakui, mempunyai persaingan yang sengit dengan peserta lelaki kerana kekuatan yang berbeza, namun sentiasa berusaha bagi menyaingi pelumba lelaki.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: