Thursday, 19 September 2019

Pasar Payang 2 Kini Semakin ‘Viral’

SHARE
Ustaz Ahmad Shah Muhamed mengadakan lawatan ke Pasar Besar Kedai Payang 2

Foto ; Wan Luqman Hakim

KUALA TERENGGANU, 19 September – Pasar Payang 2 yang baharu  beroperasi sebulan kini semakin tular atau ‘viral’ dan menjadi tumpuan kepada para pengunjung dalam dan luar negeri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Ustaz Ahmad Shah Muhamed berkata, para peniaga juga dapat berniaga dengan baik sejak beberapa minggu ia beroperasi.

“Pasar Payang kita  ini  mendapat sambutan yang begitu hangat dengan kunjungan yang bertali arus ini dan kita mendapat  laporan bahawa perniagaan yang dijalankan oleh peniaga  begitu baik dan  bagus  serta berlipat kali ganda daripada asal.

“Ini merupakan suasana yang sangat baik dan mudah-mudahan para peniaga dapat berniaga  dengan baik  seterusnya mendapat pulangan  yang lumayan, insya Allah,” katanya.


Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas membuat tinjauan di Pasar terkenal itu pada hari ini.

Menurutnya, pasar baharu tersebut  turut menjadi tumpuan untuk menikmati sarapan  pagi oleh para pengunjung yang datang ke situ.

“Kita dapati bahawa  para peniaga yang berkait dengan makanan, mereka begitu gembira dengan   suasana pasar baru dan dengan  kunjungan ramai daripada para pengunjung.

“Suasana Pasar Payang baru yang agak terbuka dan mudah lihat  daripada jauh serta suasana yang selesa. Mereka sangat gembira dan berpuas hati dengan suasana baru serta  hasil jualan yang meningkat dan makanan yang disediakan habis berbanding dengan pasar lama,” ujar beliau.


Sehubungan dengan itu, kerajaan negeri amat menitikberatkan masalah kebersihan Pasar Payang.

“Melalui  kempen bersama Majlis Bandaraya dan masyarakat  setempat, kita mengharapkan dapat  memperlihatkan kepada masyarakat bahawa  negeri Terengganu dan  pasar payang kita ini juga  menjadi  satu tempat yang sangat  senang dikunjungi kerana  keadaan yang bersih, suasana yang  begitu menarik dan para peniaga yang sangat  berbudi bahasa.

“Kesedaran perlu dipupuk dan kalau semua pihak mengambil peranan dan beri kerjasama dalam hal ini,  insya Allah masalah kebersihan dapat kita sama-sama jaga.

"Jadi kita mengatur program tertentu  untuk memastikan kebersihan kekal di jaga samada oleh para peniaga dan pengunjung,” tambah beliau.

Sementara itu, seorang peniaga rempah ratus pasar tersebut, Muhammad Bin A. Rahman telah menularkan perniagaannya apabila menggunakan rangkaian pernaiagaan atas talian 'Shoppe' sebagai salah satu agen pemasarannya sejak setahun lalu.


“Kita jual rempas ratus......macam-macam rempah ada, dalam shoppee pun kita jual. Kalau nak beli melalui shoppee pun boleh...,” katanya.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: