Tuesday, 10 September 2019

NR Sofea Juara Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Piala YBC

SHARE

Oleh: Ahmad Ezani Razali

KEMAMAN, 10 September - Pasukan NR Sofea telah dinobatkan sebagai juara Kejohanan Bolasepak 9 Sebelah Piala YBC Tertutup DUN (Dewan Undangan Negeri) Chukai selepas berjaya menundukkan lawannya dari pasukan Kuala 48 dengan kemenangan selesa 2-0 dalam aksi yang cukup mendebarkan.

Kejohanan yang berlangsung selama 2 hari bermula Jumaat melibatkan 24 pasukan berlangsung dalam suasana cukup meriah di Padang Sintetik, Stadium Mak Chili, Kemaman.


Pembantu Penyelia Hal Ehwal Belia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Chukai, Hamka Hashim mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pemuda PAS DUN Cukai (PPDC) dan juga Department Of Arts, Culture & Sport (DACS) DUN Chukai di atas kerjasama yang diberikan dalam menjayakan kejohanan yang dianjurkan pada kali ini.

"Terima kasih juga kepada Kerajaan Negeri Terengganu yang memperuntukkan RM5,000 dan juga Pejabat ADUN Cukai yang turut menaja RM5,000 bagi menjayakan program ini," ujarnya lagi.


NR Sofea membawa pulang wang tunai RM2,500, medal berserta Piala YBC. Tempat Kedua yang menjadi milik Kuala 48 pula membawa pulang wang tunai RM1,000 dan medal. Tempat ketiga dan keempat pula menjadi milik Pengkalan Pandan FC dan Al-Farabi FC dengan masing-masing membawa pulang wang tunai RM400 berserta medal.

Manakala KFJ Team, Habiel 66 FC, CMC Team dan NR team yang mara sehingga ke peringkat suku akhir turut membawa pulang wang tunai RM250. Johan dan naib johan pula layak secara automatik ke Piala Parlimen yang akan diadakan nanti.

Hadiah disampaikan oleh Penyelia Pejabat ADUN Cukai, Dr. Megat Suhaimi Megat Idrus. Turut hadir memeriahkan majlis, Pengarah Akademi Didik Ulama Amilin Terengganu (DUAT), Ramlan Mahmood dan Penyelia Akademi Didik Ulama Amilin Terengganu (DUAT) DUN Cukai, Ahmad Khairuddin Mohd Zaki.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: