Sunday, 8 September 2019

Muhammad Shamir Aiman Pungut Emas Acara Kriterium Berbasikal

SHARE
Muhammad Shamir Aiman (kanan) dan Ezzatie Fifiyana Shazwanie bersama dengan pingat emas masing-masing dalam Acara Kriterium Berbasikal  petang tadi.

KUALA NERUS, 8 September - Dua pelumba muda lelaki dan wanita dari Kuala Terengganu masing-masing menggondol pingat emas acara akhir lumba basikal Kategori Kriterium hari ini.

Muhammad Shamir Aiman membuat kayuhan terpantas, dengan masa 29 minit 30 saat mendahului pencabarnya Mohammad Shafiq dari Pasukan Kelantan yang menamatkan kayuhan diminit ke 30 sekali gus menggondol pingat perak.

Sementara Muhammad Afiq Iskandar dari Setiu mendapat pingat gangsa juga dengan catatan masa 30 minit.
Muhammad Shamir Aiman (tengah) bersama pemenang lain dalam Acara Kriterium Berbasikal.

Kategori wanita pula, Ezzatie Fifiyana Shazwanie menamatkan pecutan dengan masa 20 minit 28 saat mendahului mencabarnya dengan menggondol pingat emas, Siti Nur Adibah Akma dari Marang yang menamatkan kayuhan dengan masa 21 minit 4 saat, memperolehi pingat perak.

Manakala Sharifah Nur Ilyana dari Dungun mendapat pingat gangsa dengan catatan masa 21 minit 45 saat.

Kriterium Lelaki memperuntukkan masa sebanyak 25 minit dicampur  tiga pusingan terakhir untuk capai garis penamat manakala Kriterium Wanita dihadkan masa 15 minit dicampur tiga pusingan terakhir ke garis penamat.

Acara Kriterium Lelaki dan Wanita sejauh 1.3 kilometer berlangsung di Litar Permotoran, Kompleks Sukan Negeri di sini, mengumpulkan seramai 63 pelumba termasuk 49 pelumba lelaki dan 14 pelumba wanita.

Acara berkenaan diadili beberapa orang pengadil berpengalaman diketuai oleh Dahaizal Dahanan.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: