Sunday, 29 September 2019

MKTS Berakhir Dengan Diskusi Santai

SHARE

 
Diskusi Santai mengakhiri MKTS di Seberang Takir semalam.
KUALA NERUS, 29 September - Mini Karnival Terengganu Sejahtera (MKTS) yang julung kali diadakan  di Padang Bola, Taman Perumahan Telaga Daing, Seberang Takir di sini berakhir tengah malam semalam.

Mini Karnival yang berlangsung selama tiga hari bermula 26 September lalu telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Dr Alias Razak.
 
Dato’ Dr Mohd Izhar (kiri) menyampai hadiah cabutan bertuah kepada seorang pengunjung wanita di MKTS semalam.
Semalam, slot terakhir MKTS anjuran Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera Sejahtera (i-MiTS) itu diserikan dengan Diskusi Santai bersama Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dato’ Dr. Mohd Izhar Ariff dan Penyanyi Rock, Ali Ismail atau dikenali sebagai Ali XPDC.

Acara itu turut diselang seli dengan hadiah cabutan bertuah yang disediakan penganjur termasuk Televisyen LED, pengisar serba guna, kipas angin dan beberapa barangan elektrik lain.
Ali (kiri) turut menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada pemenang di MKTS Seberang Takir semalam.

Pengarah i-MiTS, Ustaz Kamaruzaman Abdullah, turut mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua yang terlibat menjayakan program tersebut.

"Maka berakhirlah sudah MKTS yang telah berlangsung selama tiga hari di Padang Bola, Taman Perumahan Telaga Daing, Seberang Takir. Tahniah dan terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan program MKTS ini," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Antara pengunjung di MKTS semalam.
Pelbagai agensi kerajaan dan swasta terlibat dalam program tersebut sebagai penaja dan peserta pameran termasuk Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Nerus, Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), 80 Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Rela dan lain-lain.


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: