Tuesday, 3 September 2019

Merdeka Ride 2.0 Tawan CH

SHARE


Oleh: Adli Mohamad

DUNGUN, 3 September- Bagi menyemarakkan sambutan kemerdekaan kali ke-62, belia Felda Jerangau mengadakan  konvoi 'Merdeka Ride' yang disertai 80 motor diiringi 20 buah kereta ke Cameron Highland (CH).

Penyelaras Program 'Merdeka Ride', Mohd Ridhuan Yusoff berkata, konvoi kali kedua dianjurkan itu mendapat penyertaan menggalakkan berbanding ketika diadakan kali pertama pada tahun 2017.

"Lebih menariknya semua dapat dihimpunkan tanpa mengira parti politik, malah turut diesertai oleh Puteri UMNO.

"Kita sangat teruja kerana telah membuktikan bahawa anak muda di Felda Jerangau tidak berpuak-puak sebaliknya bersatu hati didalam eratan muhibbah yang mendatangkan kebaikkan kepada komuniti," jelasnya kepada pemberita selepas konvoi selama dua hari itu berakhir kelmarin.

Katanya, ianya bukan sekadar berkonvoi tetapi diadakan pelbagai pengisian.

"Dengan adanya aktiviti santai 'barbeque' sementara menanti detik 12 malam, adanya tazkirah maghrib, diadakan acara diskusi, dan pelbagai lagi acara yang boleh mengeratkan ukhwah dikalangan para belia Felda Jerangau ini," jelasnya.

Jelasnya lagi, objektif 'Merdeka Ride' diadakan diantaranya ialah ingin memastikan anak-anak muda tidak terlibat didalam aktiviti yang tidak sihat.

"Dengan minat mereka terhadap dunia permotoran kita uruskan dengan baik, supaya dapat menjalani kehidupan secara sihat disamping mengeratkan ukhwah supaya lahirnya komuniti yang sihat

Diharap belia felda serta kampung yang lain akan ikut menjadikan Felda Jerangau sebagai ikon bagi menyatukan belia dibawah satu rumpun semangat kemerdekaan yang mengalirkan cinta kepada keamanan negara," ujarnya.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: